Sejak semalam, tular kembali rakaman video lama menunjukkan reaksi enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas keluar dari mahkamah.
Video lama kembali tular
@official Replying to @Maknyahhhhh Alhamdulillah keadilan buat mu Zulfarhan ???????? # #trendingnewsmalaysia #netizen #kongsi #video #reaksi #pesalah #arwah #zulfarhan #2019 ? original sound – OHBULAN!
Menerusi video tersebut, kelihatan ada di antara tertuduh tersenyum selepas terlepas daripada hukuman gantung di atas kesalahan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Difahamkan, video tersebut dipercayai dirakam beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2019.
Video tersebut kembali tular selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman penjara dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap kesemua tertuduh, pada Selasa.
Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya nasib Allahyarham Zulfarhan terbela dan pelaku dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan kejam mereka.
Komen