Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNetizen Titip Doa Buat Elizad Selepas Uqasha Senrose Umum Hamil?-“Semoga Awak Juga...

    Netizen Titip Doa Buat Elizad Selepas Uqasha Senrose Umum Hamil?-“Semoga Awak Juga Dapat…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Puteri Aishah berkongsi khabar gembira tentang kehamilan Uqasha Senrose. Uqasha pula mengesahkan bahawa beliau kini sedang hamil.

    Uqasha berkongsi berita gembira tersebut melalui hantaran yang memberi penjelasan tentang keengganannya sebelum ini untuk menjawab spekulasi tentang kehamilannya.

    “Nervous dari nak jadi isteri dan sekarang nervous untuk jadi ibu pulak. Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab, sebab dah gugur Qasha takut. Jadi biarlah dari Qasha sendiri yang cakap.

    Bila bakal nak jadi ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke cantik ke semua tu tak penting tapi yang paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat tu je doa Qasha.”-kongsi Uqasha Senrose di Instagram

    Dibanjiri Ucapan Tahniah

    Berita gembira berkaitan dengan kehamilan Uqasha juga mendapat sambutan hangat dari rakan selebriti dan peminat. Ramai yang turut menitipkan pesanan agar pelakon berusia 32 tahun ini mendapatkan rehat yang secukupnya selepas tamat komitmen penggambaran.

    Netizen Titip Doa Buat Elizad Sharifuddin

    Di sebalik antusiasme terhadap kehamilan Uqasha, netizen di ruangan komen turut menitipkan doa buat pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin agar dikurniakan cahaya mata selepas memberikan ucapan tahniah kepada Uqasha.

    “Alhamdulillah syukur nikmat adik cantik. Happy for you!.”-Elizad Sharifuddin

    “Semoga Ijad pun sama akan dikurniakan rezeki anak. InsyaAllah. Jangan berhenti berdoa. Kuatkan semangat dan usaha lagi.”

    “Semoga rezeki anak akan menjadi milikmu juga Ijad. Aaamin.”

    “Saya doakan akak juga diberikan rezeki anak sama macam Uqasha dan Kamal. Akak keep positive ya. Lots of love from a lot of people to you.”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts