Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNia Ramadhani Anggap Pengalaman Dipenjara Akibat Salah Guna Dadah Sebagai Hikmah Terbesar...

    Nia Ramadhani Anggap Pengalaman Dipenjara Akibat Salah Guna Dadah Sebagai Hikmah Terbesar – ‘Tak Perlu Malu, Tiada Manusia Sempurna’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.

    Artikel berkaitan: Dipenjara Setahun Kerana Miliki Syabu, Nia Ramadhani Didakwa Nak Bercerai Dengan Suami?

    ‘Jangan malu mengaku salah’

    Menurut Nia, 34, dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.

    Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.

    Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.

    Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna.

    Dalam pada itu, Nia akui bersyukur apabila ramai yang memberikan sokongan kepadanya selepas kes terbabit berlaku.

    Selepas kes tersebut, ternyata masih ramai yang memberi sokongan di belakang saya. Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat.

    Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.

    Mudah-mudahan satu hari nanti boleh datang ke Malaysia. Drama saya yang paling popular dan diminati peminat Malaysia adalah Bawang Merah Bawang Putih yang mana sudah berlalu 15 tahun lepas.

    Saya sudah memiliki tiga cahaya mata, untuk kembali berlakon itu seperti tiada dalam perancangan saya dan agak susah juga.

    Imbas kembali, pada Januari 2022, Nia dan suami Ardi Bakrie dijatuhkan hukuman penjara setahun akibat kes penyalahgunaan dadah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Fattah Helok, Saya Tak Boleh Cakap Berdepan Sebab Renungan Mata Dia’

    Pasangan itu telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts