Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNiat Pakai ‘Eyelash Extension’ Untuk Nampak Cantik, Netizen Persoal Status Umrah BCL...

    Niat Pakai ‘Eyelash Extension’ Untuk Nampak Cantik, Netizen Persoal Status Umrah BCL Sah Atau Tidak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bulu mata adalah salah satu bahagian yang paling penting bagi sesetengah wanita. Malah, seolah-olah menjadi satu pertandingan di mana bulu mata siapa paling panjang dan lentik, dia lah yang paling cantik.

    Oleh itu, ramai yang memilih untuk menyambung atau memakai bulu mata palsu atau lebih dikenali sebagai eyelash extension. Apabila menggunakan bulu mata ini mereka terpaksa mengguna gam untuk memastikan bulu mata itu kekal dan tidak terjatuh.

    Di sini timbul satu keraguan akan kesahihan solat. Antara persoalan-persoalan yang muncul adalah, apakah gam yang digunakan menghalang wuduk dan menyebabkan solat tidak sah?

    Untuk menjawab persoalan tersebut, pejabat mufti telah mengeluarkan penerangan tentang perkara ini. Secara keseluruhannya, pejabat mufti menggunakan qias yang menerangkan tentang pengharaman memakai rambut palsu atau wig dalam isu ini.

    Pada asasnya, Islam tidak melarang umatnya daripada mencantikkan diri. Bahkan Islam menganjurkan umatnya untuk tampil kemas dan kelihatan cantik dengan cara sederhana dan sesuai.

    Namun, antara perbuatan yang dianggap melampaui batas dan dilarang dalam Islam ialah perbuatan menyambung rambut atau dinamakan sebagai ‘al-wasl’ dalam Bahasa Arab. Orang yang menyambung rambut pula disebut al-wasilah.

    Bercakap tentang ini, baru-baru ini tindakan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) memakai bulu mata palsu sambung atau ‘eyelash extension’ ketika mengerjakan umrah mengundang kritikan netizen.

    Ramai mengkritik selebriti berusia 40 tahun itu kerana tidak peka dengan hukum agama yang menyatakan pemakaian bulu mata palsu dilarang lebih-lebih lagi ketika beribadah.

    BCL yang ke kota suci Mekah bersama suami, ibu dan anaknya berkongsi pelbagai momen istimewa termasuk di hadapan Kaabah dalam Instagramnya.

    Walau bagaimanapun, mata para netizen lebih tertumpu kepada wajah penyanyi lagu Cinta Sejati itu yang mengenakan bulu mata sambung sekali gus mempersoalkan status umrahnya.

    “Solat sambil pakai ‘eyelash extension’? Pernah dengar ustazah kata tidak sah solat pakai semua itu lagi-lagi buat umrah. Jadi sia-sia pahala ibadah,” kata peminat.

    “Maaf jika ada pakai ‘eyelash extension’ tolong dicabut ya. Peringatan buat kaum wanita,” ujar pengikut lain.

    Walaupun begitu, penyanyi tersebut seolah-olah tidak peduli terhadap komen pengikut, sebaliknya terus aktif memuat naik aktiviti bersama keluarga.

    ALSO READ:  Tidak Mahu Ada Anak Dengan Suami Baharu, Bunga Citra Lestari Risau Umur Sudah Tua Untuk Mengandung Lagi!

    Pada masa yang sama, peminat turut mendoakan BCL agar terus berpakaian menutup aurat selepas menyelesaikan ibadah umrah dan pulang ke tanah air nanti.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts