Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Niat Saya Nak Promosi Drama’ – Khai Bahar Perjelas Isu Foto Bonceng...

    ‘Niat Saya Nak Promosi Drama’ – Khai Bahar Perjelas Isu Foto Bonceng Basikal Dengan Sharifah Rose

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar mengakui foto yang dimuat naik bersama Sharifah Rose di media sosial sekadar mahu mempromosikan drama terbaru mereka sahaja iaitu ‘Cinta Bukan Milik Kita’ terbitan Zeel Production.

    Artikel berkaitan: Hati Khai Bahar ‘Kosong’, Nafi Ligat Berparti Di Kelab Malam

    Artikel berkaitan: ‘Dunia Gelap Gelita Seolah Macam Sedang Bermimpi’ – Khai Bahar Reda Pemergian Ibu, Syukur Sempat Beri Kebahagiaan

    Kami memang masuk air

    Menerusi temu bual bersama , Khai menjawab mengenai foto dia sedang menunggang basikal dan posisi Sharifah Rose yang dikatakan sangat rapat.

    Kata Khai, 30, pada waktu itu, dia dan Sharifah Rose sekadar mahu menjayakan sebuah babak dalam drama tersebut.

    Tambah pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin, dia tidak menyangka foto tersebut akan mengundang kecaman dan menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.

    Niat saya nak promosi drama sahaja. Saya tak tahu nak jawab soalan netizen. Tak tahu nak jawab apa. Orang yang nak fikir negatif biarkan saja. Setakat ini, memang saya tak sentuh dia. Kami cuma rapat sahaja. Itupun sebab saya kena hidupkan watak dalam sebuah babak.

    Disoal sama ada kekok ataupun tidak ketika melakonkan babak tersebut, pelantun suara ‘Luluh’ ini secara ringkas menjawab tidak.

    Kalau tanya kekok ataupun tidak, Khai jawab tidak. Kami masuk air. Cuma, cabaran untuk saya bawa basikal itu sangat sukar. Basikal itu lama, tinggi dan berat. Tambah Sharifah Rose duduk di depan saya, susah saya nak kawal. Basikal itu mahal dan ramai yang sedang cari sebab ia ‘limited’.

    Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila melihat foto Khai Bahar dan Sharifah Rose itu. Menurut netizen, Khai dan Rose perlu menjaga batas meskipun apa yang dilakukan oleh mereka itu sekadar lakonan sahaja.

    ALSO READ:  Tak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja – ‘Orang Lain Boleh Terus Tanya Kepada Ustaz’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts