Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNik Rifaie Terkejut Nama Dipetik Guna Aplikasi Dating & Ajak Wanita Buat...

    Nik Rifaie Terkejut Nama Dipetik Guna Aplikasi Dating & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh – ‘Itu Bukan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nik RifaieNik Rifaie

    Pelakon baharu, Nik Rifaie mengakui terkejut apabila namanya dipetik menggunakan aplikasi mencari jodoh untuk memikat wanita dan mengajak individu tersebut melakukan perkara tidak senonoh.

    Guna dating apps

    Nik, 26, menegaskan, dirinya tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi ‘dating’ dan menganggap dakwaan itu timbul disebabkan perkongsian berkenaan kelab sukan yang disertainya, Challo.

    Mengenai video yang tular itu, sejujurnya saya tak tahu sangat sebab memang sibuk shooting. Tapi saya ada dengar juga orang cakap-cakap fasal ini.

    Apa yang boleh saya cakap, itu bukan saya. Lagi pun tak ada sebut nama sesiapa cuma ada mention anggota kelab larian.

    Kalau kita lihat sekarang grup larian yang tengah naik adalah Challo. Mungkin nama saya naik pun kerana ia merupakan hantaran yang dibuat secara umum.

    Ruangan komen terbuka kepada semua orang, saya pun tak tahu kenapa nama saya naik. Mungkin disebabkan saya antara ahli aktif dalam kumpulan tersebut.

    Nik berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Akaun palsu

    Dalam pada itu, Nik tidak menolak kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar miliknya untuk mewujudkan akaun palsu.

    Ada sahaja orang yang menggunakan nama dan gambar saya untuk membuat akaun palsu. Tapi apa yang saya boleh kata, saya memang tak ada aplikasi-aplikasi tersebut.

    Saya tahu banyak sahaja akaun palsu di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.

    Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, tak bestlah. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula.

    Sebelum ini, tular video di TikTok memaparkan seorang pempengaruh berkongsi kisah daripada pengikutnya yang mendedahkan salah seorang ahli kelab larian terkenal mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh.

    ALSO READ:  Kisah Viral: Ali Puteh Kesal Dengan Orang Yang Ejek Anaknya Dan Harta Anak Yatim

    Menerusi perkongsian itu, individu terbabit mendakwa dia mengenali ahli kelab larian berkenaan menerusi aplikasi mencari jodoh.

    Malah menerusi ruang komen perkongsian itu, ramai netizen memetik nama Nik Rifaie.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts