Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mendedahkan hubungannya dengan teman lelaki, Rizky Irmansyah telah berakhir.
Jadi mangsa dera teman lelaki?
Memetik laporan Insertlive, Nikita turut mendakwa mendakwa pernah menjadi mangsa dera dipercayai dilakukan oleh bekas teman lelakinya itu. Perbuatan itu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.
RI, seorang yang pernah saya cintai menjadi punca penderaan mental dan fizikal dalam hidup saya.
Parut yang ditinggalkan semakin mendalam dan saya tidak mahu ia berterusan. Sudah tiba masanya untuk saya dedahkan realiti yang dialami.
Dalam beberapa bulan ini saya melalui kehidupan yang tidak pernah dibayangkan. Bukan mahu menagih simpati tetapi untuk menunjukkan kebenaran.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci apa yang dilakukan Rizky namun Nikita menegaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh atas kekerasan tersebut.
Dalam pada itu, Nikita akui dirinya kini dalam proses penyembuhan untuk kembali kuat meneruskan kehidupan mendatang.