Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNikmatilah Anugerah Warisan Di Intercontinental Hotel

    Nikmatilah Anugerah Warisan Di Intercontinental Hotel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjelang Bulan Ramadan, InterContinental Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman makan bufet, pakej ‘Dinner, Bed & Breakfast’ dan juga pakej acara sosial yang kaya dengan unsur-unsur klasik warisan tempatan. Koleksi kulinari
    tahun ini, yang dinamakan “Anugerah Warisan” (13hb Mac hingga 9hb April 2024), menawarkan perpaduan harmoni antara citarasa autentik tempatan dengan sentuhan gaya Timur Tengah yang disertai hidangan yang menyentuh hati.
    Selaras dengan tema “Anugerah Warisan”, para jurumasak InterContinental Kuala Lumpur yang handal kini bersedia untuk menjamu anda pada Ramadan ini dengan Resepi tradisional tempatan yang diturunkan dari generasi ke generasi. Chef de Cuisine Chef Hafizi membawakan citarasa asli Melaka Bandaraya Bersejarah ke meja dengan Asam Pedas Kepala Ikan Merah yang
    menggoda, Ikan Bakar arang ala Parameswara Melaka dan Nyonya Curry Laksa yang diilhamkan daripada Resepi asal ibunya.

    Buffet Iftar Anugerah Warisan

    Untuk citarasa Timur Tengah, para tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan panggang yang lazat seperti, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab & Madghout Kambing, sementara Pembakar Shawarma Autentik InterContinental menampilkan Shawarma Ayam & Daging Lembu Lebanon yang menggiurkan.
    Nikmati selera manis di kaunter pencuci mulut dengan Onde-onde Panna Cotta serta 15 jenis kuih Melayu yang beraneka, antara lain Apam Balik, Aiskrim Potong, Ais Kacang & Cendol, puding kurma. Terdapat juga stesen yang menghidangkan Coconut Milkshake secara langsung, serta manisan Timur Tengah yang berupa empat jenis Baklava & Sweet Kunafa yang tentunya
    akan membuat anda rambang mata.

    ALSO READ:  Muak Cerita Penyondol Dan Masalah Rumah Tangga, Uyaina Mahu Mengetahui Lebih Info Berkaitan Agama

    RM278nett untuk dewasa
    RM168nett untuk kanak-kanak
    *Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah diberi makan secara percuma

    Harga eksklusif early bird menanti anda apabila anda tempah sebelum 11hb Mac 2024!
    Tempoh Makan: 13hb hingga 18hb Mac & 2hb hingga 9hb April 2024
    Tawaran Early Bird: RM195nett untuk dewasa dan RM117nett untuk kanak-kanak
    Tempoh Makan: 19hb Mac hingga 1hb April
    Tawaran Early Bird: RM208nett untuk dewasa dan RM125nett untuk kanak-kanak
    Sepanjang tempoh Ramadan, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 30% untuk kumpulan 50 orang ke atas.
    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan makanan, sila hubungi pasukan F&B InterContinental Kuala Lumpur di [email protected] atau 016 202 4623


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts