Perkongsian bekas isteri pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri mencuri perhatian netizen apabila berkongsi beberapa foto di media sosial.
Beri ‘Hint’ Akan Berkahwin?
Nina, menerusi hantaran di Instagram seolah-olah memberikan bayangan bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas berkongsi kapsyen mengucapkan zaman tinggal kepada zaman bujang.
“Saya bersyukur memiliki wanita-wanita ini dalam hidup saya. Terima kasih untuk hujung minggu yang dipenuhi dengan kasih sayang dan gelak tawa. Hidup saya sangat tenang hari ini 😂 #goodbyesinglenina.”- kapsyen Nina di Instagram
View this post on Instagram
“Moga Dipermudahkan Urusan..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitpkan ucapan tahniah serta doa buat ibu tunggal kepada seorang cahaya mata ini.
“Congrats!!.”-Vivy Yusof
“Congrats Nina .”-Daiyan Trisha
“Bestnya ada girl support.”
“Tahniah Nina. Semoga segala urusan berjalan lancar.”
“Moga dipermudahkan urusan dan bahagia selalu. Tahniah Nina.”
“Lawa lawa. Selamat pengantin baru Nina.”
“Cantiknya Nina.”
“Congrats Nina dan Hafiz. Alhamdulillah dan semoga sentiasa dalam lindunganNya. Tunggu kad je nie.”
Sekadar info, Nina Sabrina pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika pada 2017.
Namun, perkahwinan yang dibina berakhir selepas mereka membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2023 selepas 10 tahun bersama.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka, Apa komen anda?