Penyanyi Ning Baizura meluahkan rasa gembira apabila ibunya, Satilah Abdullah sudi hadir ke Konsert Gegar Vaganza minggu kedua, semalam.
Lagu ‘Dugaanku’ sangat bermakna
Menerusi temu bual bersama , Ning berkata, dia berasa sangat gembira apabila melihat ibunya berada di hadapan pentas. Tambah Ning, momen tersebut lebih bermakna kerana dia menyanyi lagu ‘Dugaanku’. Bukan itu sahaja, semalam juga merupakan hari ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-81.
Saya puas menyanyi lagu Dugaanku. Dalam kepala saya, saya terkenang macam-macam perkara terutama mengenai kerjaya saya. Saya teringat mak urus kerja saya. Saya fikir arwah ayah, perjalanan saya dari mula sampai sekarang, kena tipu dengan manager. Saya cuba untuk rasa chill tetapi dekat hujung tak mampu menahan sebak.
Lagipun dah lama saya tak menyanyi lagu ni. Bila saya dengar semua penonton menyanyi sekali, saya rasa naik bulu roma. Feel dia jadi lain. Syukur dan Alhamdulillah.
Berbicara lebih lanjut, Ning berterima kasih kepada semua penonton yang berada di MBSA kerana sudi menyanyikan lagu selamat ulang tahun kelahiran buat ibunya.
Mak saya rasa sangat terharu apabila satu auditorium menyanyi dekat dia. Dia gembira dan berterima kasih dekat saya juga. Saya rasa momen itu dia akan ingat sampai bila-bila. Dia rasa sangat istimewa. Saya terhutang budi dekat dia. Macam-macam pengorbanan yang mak lakukan demi membesarkan saya sehingga ke hari ini.
Allah atur sangat cantik. Saya ingat dia tak akan datang. Tiba-tiba dia tanya saya jadi atau tidak untuk tengok GV. Saya nak ingatkan dia, saya akan bagi video supaya dia tak lupa.
Ujar Ning, bukan setiap minggu dia akan membawa ibunya untuk datang menonton pertandingan ini. Ini kerana, ibunya lebih selesa menonton televisyen di rumah.
Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Ning mengenai pengorbanan ibu yang paling diingati. Ning secara ringkas menjawab, dia teringat momen di mana ibunya sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru demi memastikan semua urusan kariernya berjalan lancar.
Ibu mengambil keputusan bersara lebih awal pada 1993 semata-mata mahu sentiasa berada di samping saya sewaktu saya mula-mula bergelar penyanyi.