Penyanyi Ning Baizura memberitahu dia akan menyahut cabaran pihak produksi untuk menyanyikan lagu ‘Sejati’ nyanyian Awie (Wings) sempena Konsert Gegar Vaganza minggu ketiga, Ahad nanti.
Saya minat lagu rock
Menerusi temu bual bersama , Ning mengakui dia seorang yang meminati lagu bergenre rock. Tambah Ning, tidak ramai yang tahu mengenai perkara tersebut.
Saya tak sabar untuk minggu depan. Walaupun top 5 diberi pelihan untuk menukar lagu, saya akan tetap nak menyanyi lagu Sejati. Saya nak tunjuk kepada semua yang saya seorang penyanyi versatil. Cuma, kalau boleh saya tak nak sampai merosakkan lagu tu. Sebab lagu tu ada trademark Awie. Saya terima apa sahaja komen nanti. Benda bagus saya akan ambil, kalau benda yang tak bagus saya kena perbaiki.
Ujar Ning lagi, dia sudah bersiap sedia untuk menerima segala komen daripada juri mahupun netizen nanti.
Kalau orang kenal dan tahu saya, saya ada macam-macam stail suara. Dari suara yang sangat rendah sehingga paling tinggi. Lagi satu saya suka bila dicabar. Selepas ini saya akan pergi karaoke dan cuba berikan yang terbaik.
Berbicara mengenai busana dan penampilan setiap minggu, pelantun suara ‘Dugaanku’ ini memberitahu, dia seorang yang memetingkan penampilan. Jelas Ning, dia akan membawa busana yang berlebihan sekiranya mahu melakukan persembahan di mana-mana program mahupun majlis.
Saya memang sejenis yang suka sedia banyak baju. Macam opening saya pakai baju lain, masa nak buat persembahan pula lain. Saya nak bekerja dengan semua orang. Tak kisah pereka fesyen baru atau lama, saya okey sahaja.
Saya ingat pesan kak Anita Sarawak, kita kena bersedia. Kamera di mana-mana. Jadi saya memang pilih dan tentukan busana yang saya nak pakai.