Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNing Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah –...

    Ning Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah – ‘Dia Dah 80 Tahun & Hidap Dimensia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Ning Baizura akhirnya bersetuju untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11) selepas beberapa kali mendapat tawaran.

    Masuk sebab ibu

    Ketika ditemui , Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah menyatakan sebab utama dirinya bersetuju untuk menyertai GV11 adalah untuk memberikan kenangan terindah buat ibunya, Satilah Abdullah yang kini menghidap penyakit dimensia.

    Dah banyak kali dah sebenarnya saya dapat tawaran untuk sertai GV tetapi saya ‘hold’ dulu sehinggalah tahun ini.

    Salah satu faktor saya terpanggil untuk menerima tawaran ini adalah untuk memberikan kenangan terindah buat ibu saya.

    Ibu saya ketika ini sudah pun berada di usia 80-an ditambah pula dengan penyakit dimensia yang dihadapinya. Jadi, saya rasa ini adalah waktu yang terbaik untuk dia lihat balik anak dia di kaca televisyen.

    Tak tahu dia ingat atau tidak bila kali terakhir saya beraksi di kaca televisyen dan mungkin ini peluang saya untuk berikan kenangan indah buat dia.

    Dia cergas ja tapi sebagai seorang anak saya sedihlah melihat keadaan dia.

    Saya harap, bila saya buat macam ini juga akan membuatkan dia tidak lupa dengan persembahan anak dia.

    Ning berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media GV11 yang diadakan di Parkroyal Collection Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Tak nak ‘limit’kan diri

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Selagi Ada..(Cinta) berpendapat penyertaannya dalam GV11 merupakan platform terbaik untuk mengembangkan kerjaya seni.

    Tahun ini, umur saya dah masuk 50 tahun dah dan macam-macam boleh berlaku. Jadi, saya dah tak nak ‘limit’kan diri saya dalam industri seni.

    Saya juga tak mahu perjuangan saya sebagai seorang penyanyi berakhir di sini saja.

    Ketika ditanya mengenai pendapat orang ramai yang mengatakan dirinya sudah berada di tahap yang tinggi sebagai seorang penyanyi, Ning berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari meskipun sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bidang nyanyian.

    Pada saya tak ada ‘level’ bagi seseorang penyanyi itu dalam industri seni. Walaupun dah 30 tahun menyanyi, banyak lagi yang perlu dipelajari.

    Itulah manusia, kena selalu belajar dan belajar. Kalau terasa diri kita ini berada di satu level yang lain, tak akan ke mana melainkan kita ini berilmu.

    Selain Ning, GV pada edisi kali ini turut disertai penyanyi hebat seperti Liza Aziz, Illa Sabri, Ronnie Hussien, Reshmonu dan ramai lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen-“Dia Belanja Lagu Klasik”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts