Penyanyi Ning Baizura menafikan dakwaan dia mahu mengambil hati Datuk Syafinaz untuk minggu separuh akhir program Gegar Vaganza.
Saya berani nak cuba
Bakal menyanyikan lagu ‘Ingin Bersamamu’ Ahad ini, Ning berkata, dia seorang yang sukakan cabaran.
Kita dah masuk minggu separuh akhir. Bukan saya cakap saya berani sangat. Saya cuma tertanya kenapa lagu Tok Naz tak ada orang yang menyanyi. Okey la tu saya cuba. Saya berani nak cuba sesuatu yang lain. Lagu tu sedap. Lagu tu saya tak pernah menyanyi kecuali di karaoke sekali sahaja. Bila dengar balik lagu tu saya rasa kena dengan jiwa saya.
Lagu Sangkar Cinta pun saya tak pernah cuba. Saya masuk GV sebab nak menyanyi lagu yang tak pernah saya bawa. Saya tak nak menyesal kenapa tak cuba sesuatu yang baru.
Tambah pelantun suara ‘Curiga’ ini lagi, dia tidak berniat untuk ambil hati Datuk Syafinaz yang merupakan juri dan penyanyi asal lagu ‘Ingin Bersamamu’.
Bukan untuk ambil hati. Saya ambil serius pertandingan ini.
Di akhir temu bual, Ning memberitahu dia tidak kisah sekiranya netizen mahu membandingkan cara nyanyiannya dengan Syafinaz.