Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNivea Luminous 630 Anti-Spot Serum Raih Perhatian Raja Permaisuri Agong

    Nivea Luminous 630 Anti-Spot Serum Raih Perhatian Raja Permaisuri Agong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini NIVEA tampil sekali lagi sebagai rakan penjagaan kulit rasmi bagi Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2024 yang ke-19.

    Menghilangkan bintik hitam

    Paling menarik perhatian adalah Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli melawat ke ruang pameran jenama penjagaan kulit terkemuka Malaysia, NIVEA di acara tersebut.

    Baginda bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Dato’ Leela Mohd Ali telah disambut mesra oleh Pengurus Beiersdorf Malaysia dan Singapura iaitu Dr. Christopher Vierhaus.

    Dr. Vierhaus kemudian menerangkan kepada baginda tentang kebaikan produk NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Spot Serum yang menjadi antara tarikan utama pada majlis berkenaan.

    Menurut Dr. Vierhaus, kebanyakkan individu hanya bimbang tentang bintik-bintik hitam sebaik sahaja mereka melihatnya di wajah, namun NIVEA telah mencipta produk untuk merawat permasalahan tersebut dengan lebih mendalam.

    Penjagaan kulit yang terapkan kami adalah merangkumi pendekatan holistik, di mana dalam masa yang sama kami juga berhasrat untuk menyokong dan meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya di samping meningkatkan kesihatan kulit.

    Piala Seri Endon membolehkan kami mempamerkan inovasi anti-bintik hitam bertaraf dunia, yang boleh memberi manfaat kepada ramai rakyat Malaysia, di samping memupuk penghargaan yang mendalam terhadap tradisi dan nilai seni negara.

    Sebagai tanda penghargaan, NIVEA turut menghadiahkan baginda satu set eksklusif produk NIVEA LUMINOUS 630.

    Penjagaan awal

    Dalam pada itu, meskipun pelakon Sweet Qismina masih lagi dalam lingkungan 20-an namun dia mengambil langkah awal bagi penjagaan kulit wajahnya dengan menggunakan produk tersebut.

    Pada saya keterampilan merupakan satu tanggungjawab yang seiring dengan kerjaya saya. Walaupun saya masih 20-an dan saya rasa kulit saya tak ada masalah, rupanya pembentukan bintik hitam itu sebenarnya ada.

    Produk ini sangat membantu kerana ianya sangat berkesan menghilangkan bintik hitam dari dalam lapisan kulit kita.

    Ianya juga telah diuji oleh 100 orang doktor dan ahli farmasi di seluruh Malaysia. Ianya bukan sahaja berkesan, malah selamat untuk digunakan.

    Serum NIVEA Luminous630 direka khas, memfokuskan pada bintik hitam serta meningkatkan keserian kulit.

    ALSO READ:  [VIDEO] Suara Nadeera Zaini Tambat Hati Penonton Anugerah Televisyen Asia Ke-29 – ‘Jelas Betul Sebutan Dia’

    Ramuan yang dipatenkan dikenali sebagai Thiamidol, secara langsung untuk mensasarkan hiperpigmentasi seterusnya akan menjadikan kulit lebih bersih dan kelihatan muda.

    Produk ini turut mengandungi formula yang menggabungkan bahan aktif lain seperti Hyaluron atau Anti-Oksidan untuk memberikan kesan yang lebih bagus dan mencegah bintik hitam daripada muncul kembali.

    NIVEA Luminous630 diiktiraf di peringkat global kerana keberkesanannya dalam mengurangkan bintik hitam sehingga 82% dan meningkatkan kecerahan kulit.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts