Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoh Salleh Berharap Mizz Nina Beri Jawapan, Harap Isu Penjagaan Musa Diselesaikan...

    Noh Salleh Berharap Mizz Nina Beri Jawapan, Harap Isu Penjagaan Musa Diselesaikan Dengan Baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh memaklumkan dia mahukan jawapan yang jelas dari pihak bekas isterinya, Mizz Nina mengenai penarikan balik bagi kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka iaitu Musa.

    ‘Saya harap semua selesai..’

    Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh memaklumkan dia mahukan jawapan yang jelas dari pihak bekas isterinya, Mizz Nina mengenai penarikan balik bagi kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka iaitu Musa.

    Ketika ditemui , Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata dia berharap agar kemelut tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

    Saya nak tunggu jawapan dia. Kenapa dia tarik balik dan kita nak balas dan terus terang dari awal kenapa kita nak selamatkan Musa.

    Saya harap semua selesai. Benda gaduh-gaduh dari mereka, kami dari awal nak selesaikan dengan cara baik. Jadi semua selesai baik.

    Sementara itu, Mizz Nina yang hadir bersama suaminya Essam tidak memberikan sebarang komen lanjut ketika tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

    Kami akan jelaskan selepas ini.

    Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

    Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.

    Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zizi Kirana Disangka Rakyat Israel, Kongsi Cabaran Ke Syria-“Jadi Isu Saya Punya Passport…”

    Pelantun lagu ‘Pagi Yang Gelap’ itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

    Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts