Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoh Salleh Bersuara Spekulasi Culik Anak Angkat-“Hanya Tuhan Saja Mengetahui Betapa…”

    Noh Salleh Bersuara Spekulasi Culik Anak Angkat-“Hanya Tuhan Saja Mengetahui Betapa…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Noh Salleh memberikan kenyataan melalui media sosial mengenai anak angkatnya, Musa selepas tular dakwaan sebelum ini yang dikatakan membawa lari Musa daripada bekas isterinya, yang juga penyanyi, Mizz Nina.

    Bekas Isteri Hadir Mengambil Musa

    Menurut Noh, Mizz Nina bersama suami, serta pihak polis dan beberapa orang yang tidak dikenali telah datang mengambil Musa di kediamannya sekitar jam 8.30 malam tadi dengan perintah interim (perintah jagaan sementara dari mahkamah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah).

    “Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.”-kongsi Noh di Instagram

    “Tiada Sebarang Perebutan..”

    Tambahan pula, Noh turut menjelaskan bahawa tiada sebarang perebutan berlaku kerana lebih mementingkan kesihatan mental serta fizikal anak angkatnya itu.

    “Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa. Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana2 pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.”-tulis Noh

    Dalam pada itu, Noh memberikan kenyataan kepada media tempatan, yang menyangkal dakwaan dirinya menculik Musa dengan bantuan pembantu rumah kerana anak angkatnya itu diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga dengan rela hati.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts