Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoh Salleh ‘Sindir’ Siapa?-“Saya Jawab Relax Kan? Takda Rapping….”

    Noh Salleh ‘Sindir’ Siapa?-“Saya Jawab Relax Kan? Takda Rapping….”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Noh Salleh meluahkan rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina membuat keputusan untuk menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte anak angkat mereka , Musa.

    Menerusi kenyataannya kepada media tempatan ketika menghadiri Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dia akui rasa terkejut dengan keputusan Mizz Nina serta menitipkan harapan agar kebenaran akan terungkap selepas disifatkan telah dianiaya di hadapan khalayak ramai.

    “Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang ke mahkamah kemudia dia menarik kes.

    Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi, tunggu esok (6 Februari) sebutan kes di hadapan hakim.

    Harap ada kebenaran sebab saya sudah dianiaya dan saya mahu kebenaran muncul.”-kata Noh Salleh kepada media tempatan

    “Jangan Cari Isteri Saya, Carilah Saya..”

    Menurut laporan Berita Harian, suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad menegaskan bahawa Noh Salleh boleh berhubung dengannya, bukannya Mizz Nina

    “Kalau dia (Noh) mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuk Mizz Nina, saya adalah mahramnya. Jangan cari isteri saya, carilah saya.

    Kalau mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saua boleh diakses secara terbuka.”-kata Essam kepada Berita Harian

    Tuju Pada Siapa?

    Dalam pada itu, Noh Salleh menerusi Insta Stories, dilihat repost hantaran peguam yang mewakilinya, Muhammad Shamsyuar Jasmin dengan menyatakan gayanya memberikan kenyataan dengan ‘relax’ tanpa sebarang gaya ‘rapping’.

    Sekadar info, Noh Salleh pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada Julai 2011 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2022. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Musa.

    Mizz Nina  kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama penyanyi rap, Essam Muhammad pada Jun 2023.

    ALSO READ:  Sarah Yasmine ‘Petik’ Sophia Albarakbah Pula, Dedah Masih ‘Contact’ Aliff Aziz Sampai 28 Mac? – ‘I’m Okay, Lama Awak MIA’

    Manakala Noh Salleh pula mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang peguam iaitu Fatin Athira pada September 2023

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts