Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, January 5, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoki K-Clique Dalam Proses Perbaiki Diri, Mohon Doa Agar Istiqamah – ‘Banyak...

    Noki K-Clique Dalam Proses Perbaiki Diri, Mohon Doa Agar Istiqamah – ‘Banyak Petanda Besar Kita Nampak, Saya Takut Dengan Apa Yang Berlaku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Noki K-Clique mengakui sedang berusaha perbaiki diri dan berubah ke arah lebih baik dengan mendekatkan diri kepada agama.

    ‘Banyak petanda besar kita dah nampak’

    Ketika ditemui , Noki atau nama lengkapnya Ahmad Ikhwan bin Aji mengakui bahawa dia mendapat kesedaran itu susulan pelbagai insiden yang berlaku di dalam dan luar negara sepanjang tahun 2024 termasuk kejadian di Palestin.

    Banyak petanda besar kita dah nampak. Bagi saya dah tiba masanya untuk berubah. Paling banyak beri saya kesedaran adalah situasi pada tahun 2024. Contoh petanda besar adalah kejadian di Palestin, Masjid Al-Aqsa.

    Saya sangat takut dengan apa yang berlaku, kalau tiada perasaan takut itu bahaya juga. Kalau kita ada perasaan takut tu bererti kita ada iman.

    Noki berkata demikian ketika ditemui di malam konsert Meletop yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

    Susulan daripada itu, Noki meminta orang ramai mendoakan agar dia istiqamah dalam penghijrahannya.

    Minta doa semua sebab kita tak tahu pada masa akan datang diri kita macam mana. Tapi insyAllah saya akan cuba.

    Dalam perkembangan lain, Noki berkata selain aktif menyanyi, dia juga sibuk dengan penggambaran drama dan filem sepanjang tahun 2024.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts