Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Nonny Dah Dewasa, Sudah Boleh Menilai Mana Yang Baik & Buruk’ –...

    ‘Nonny Dah Dewasa, Sudah Boleh Menilai Mana Yang Baik & Buruk’ – Mila Jirin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video dirinya sedang ‘shave’ rambut sehingga botak.

    Artikel berkaitan: Mila Jirin Belajar 3 Perkara Isu Skandal Berpenjuru Selebriti Terkenal – ‘Dengan Izin Allah Semua Orang Tahu’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Mila Jirin Idam ‘Sandera’ Ke AJL, Sahut Permintaan Peminat – ‘Impian Setiap Penyanyi Sebagai Penanda Aras’

    Berikutan daripada itu, sempat menemu bual rakan baik kepada Nonny iaitu penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berhubung video tersebut.

    Dia ada sebab tersendiri

    Menurut Mila, dia ada menghubungi Nonny selepas video tersebut di muat naik di media sosial. Ujar Mila, Nonny berada dalam keadaan baik dan dia percaya rakannya itu ada sebab tersendiri melakukan perkara tersebut. Tambah Mila, Nonny sudah pasti boleh menilai kesan tindakan dibuatnya itu.

    Dia baik-baik saja serta gembira. Dia sibuk dengan perniagaan dalam talian untuk produk pewangi rambut dan fabriknya. Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video berkenaan.

    Sebagai rakan yang sudah mengenali Nonny sejak menyertai sebuah program realiti bersama, Mila memberitahu dia sentiasa memberi sokongan kepada Nonny dalam perihal perniagaan juga.

    Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan ‘online’ yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny. Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny.

    Terdahulu, Nonny kelihatan membuka bajunya dan memakai bedak terlebih dahulu sebelum bertindak memotong rambutnya itu sehingga botak.

    Meskipun tidak memberi penerangan secara terperinci mengenai sebab dia bertindak sedemikian, pelakon drama ‘Melankolia’ ini hanya menulis kapsyen ‘Twinnies’ di posting tersebut. Berikutan daripada itu, timbul pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran netizen berhubung tingkah laku Nonny itu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Zul Ariffin Jadi ‘KATEYKI’ Buatkan Ramai Terhibur!-“Dia Dah Rosak, Tolong Kembalikan Semula Yang Asal”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts