Penyanyi dan pelakon sensasi, Nonny Nadirah memberitahu perubahan pada imej terkini yang tidak lagi bertudung dan berpakaian seksi berpunca daripada gangguan sihir yang ditanggungnya.
‘Disihir…’
Enggan disoal siapa pelaku tersebut, Nonny, 35, berkata, dia masih berpegang dengan ajaran dan agama Islam biarpun imannya diuji.
Saya Nonny Nadirah, saya berpegang kepada al-Quran dan hadis. Jangan ditanya siapa yang menyihir, lain orang lain ujiannya. Mana yang perang mana yang disihir.
Hendak menegur kenal caranya, amal Ilahi kekuatan ilmunya. Islam agama yang luar biasa dan ajaib, doa yang baik-baik.
Nonny berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram beserta sepotong video memaparkan imejnya sebelum dan selepas berhijrah.
Menerusi video itu, Nonny berkata, segala perubahan yang berlaku pada dirinya bersangkut paut dengan iman.
Semua berkaitan dengan iman. Korang tak rasa apa yang saya rasa. Sihir dan gangguan hanya kerana cinta Islam.
Sebelum ini, Nonny mendakwa menjadi mangsa sihir dan menanggung sakit selama tiga tahun. Malah, disebabkan itu dia menghilangkan diri dari industri.