Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoorkhiriah Menangis Lihat Video Tiga Beradik Cium Jenazah Arwah Ibu – ‘Berulang...

    Noorkhiriah Menangis Lihat Video Tiga Beradik Cium Jenazah Arwah Ibu – ‘Berulang Kali Tengok, Deras Air Mata’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    NoorkhiriahNoorkhiriah

    Pelakon Noorkhiriah mengakui terkesan sehingga mengalirkan air mata ketika menonton video mengenai tiga adik-beradik yang kehilangan ibu tercinta, baru-baru ini.

    Terasa kehilangan

    Menerusi hantaran di Instagram, Noorkhiriah, 48, mendoakan kanak-kanak tersebut diberi kekuatan menempuhi dugaan itu.

    Saya tak kuat…Allahuakbar. Berulang kali saya tengok anak-anak ini. Deras air mata, tak boleh tipu sakitnya hilang tiba-tiba.

    Semoga anak-anak ini diberi kekuatan atas kehilangan ibu mereka. Meninggal dalam ambulan bawah rumah semasa nak ke hospital. Sakitnya hilang tiba-tiba.

    Menerusi video yang dikongsikan, tiga adik-beradik itu kelihatan terpinga-pinga ketika melihat jenazah arwah ibu mereka.

    Dalam pada itu, Noorkhiriah turut mendoakan suami arwah diberi kekuatan mendidik dan membesarkan tiga cahaya matanya.

    Mohon doakan adik-adik ini kuat dan juga ayahnya juga. Moga ayahnya jaga amanah Allah ini baik-baik. Ini kes paling saya tak boleh tahan.

    Difahamkan, arwah yang mempunyai masalah sesak nafas dan ketumbuhan dalam badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts