Pelakon Noorkhiriah memberi teguran kepada wanita yang sudah menutup aurat untuk tidak mempamerkan gambar tidak berhijab mereka di ruangan terbuka rumah.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Sangka Getah Paip ‘Berbisa’, Noorkhiriah Minta Maaf Sebab Pukul Badan Fareez Fauzi Sampai Berbirat
Artikel berkaitan: Noorkhiriah Reda, Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ Terbakar – ‘Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya’
Simpan gambar belum bertudung
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Noorkhiriah berkata, gambar tidak menutup aurat tersebut sebaiknya disimpan atau diletakkan di tempat di mana tiada orang boleh melihat.
Kepada sesiapa yang dah bertudung jika boleh dekat ruang tamu ke mana ke dalam rumah simpanlah mana gambar kita yang masih belum bertudung.
Letak dalam bilik cukuplah sekadar kita memandang. Dekat ruang tamu ke mana yang terbuka boleh saja letak gambar tapi jika boleh biarlah yang dah menutup aurat.
Pesannya, wanita-wanita perlu lebih berwaspada untuk mengelakkan bukan mahram daripada melihat aurat mereka.
Walaupun kadang yang datang hanya jiran sebelah rumah sepuluh kali sekejap datangnya, tapi yang datang bukan dia sorang tapi satu kampung di bawa.
Kadang kita tak perasan. Maka akak yang tak baik ni berpesan-pesanlah. Kitakan saudara nak masuk syurga sesama.