Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni...

    Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni Pada Disember Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Impian penyanyi Nora Arifiin untuk mengadakan konsert pertamanya bakal terlaksana pada 18 Disember ini di Stage 1 Theatre PJ Pac 1 Utama 3, Petaling Jaya bermula jam 8:30 malam.

    Impian Nora bakal tercapai

    Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) adalah sempena pembabitan Nora selama 30 tahun dalam industri muzik tanah air.

    Ketika ditemui , Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berpeluang mengadakan konsert sebagai ‘hadiah’ buat para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama 30 tahun ini.

    Ia juga adalah detik penting dalam kerjaya muzik saya. Jadi saya akan pastikan saya memberi yang terbaik.

    Saya nak juga konsert ini sekurang-kurangnya sekali dalam karier sebagai penyanyi.

    Dalam pada itu, Nora berkata, untuk mengadakan konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) ini, dia perlu melalui pelbagai prosedur dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

    Memang perit juga dengan team yang nak buat semua tu, Saya tak ada Johan (arwah suami), kalau arwah ada, dia yang akan buat semua. Saya hanya menyanyi je. Bila dia tak ada, saya kena jadi dia dan aturkan semua sendiri.

    Sementara itu, Nora akui konsert ini tidak lengkap tanpa kehadiran Allahyarham suaminya namun dia tetap memberikan yang terbaik sebagai ‘tribute’ dan penghargaan buat arwah.

    Memanglah rasa tak lengkap kalau tak ada dia tapi saya tahu kalau dia ada, dia nak konsert ini berlaku. Sebab konsert ni macam mereliasasikan impian dia. Setiap kali saya berlatih menyanyi, saya akan beremosi kerana setiap lagu yang saya bawakan ada dia seperti lirik, lagu dan sebagainya.

    Saya harap sangat ‘Kalau abang ada kan best’. Tapi tak apa lah, kita buat tribute untuk mengingati dia. Semua orang tahu, tak wujud muzik Nora Ariffin tanpa Johan Nawawi. Saya adalah hasil daripada didikan dia.

    Konsert ini dibawakan khas oleh syarikt Nora sendiri, Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.

    ALSO READ:  'Penilaian dan Perbincangan Bayaran Perlu Sesuai dengan Nilai dan Keperluan Semasa' - Margaret Gan

    Sementara itu, Pengurus Projek dan Penerbit konsert ini iaitu Alita Aris berkata, pihaknya mahukan konsert yang eksklusif dan ‘intimate’ khas buat peminat setia dan penyokong tegar Nora selama 30 tahun ini.

    Alita berkata, antara yang istimewa adalam konsert itu ialah segmen khas ‘Tribute To Johan Nawawi’ sebagai memberi penghormatan buat Allahyarham suami Nora iaitu Johan Nawawi.

    Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) turut mendapat sentuhan individu berpengalaman iaitu Jennifer Thompson yang akan bertindak sebagai Pengarah Persembahan dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.

    Untuk info, harga tiket Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) bermula dari RM108 (interlude), RM158 (Sandiwara), RM218 (Debaran), RM288 (Naluri), RM318 (Samudera), RM418 (Jentayu), RM518 (Kirana) untuk VIP dan sesi Meet & Greet.

    Tiket boleh beli DI SINI

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts