Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberi teguran kepada umum untuk tidak meraikan dan bergembira di atas perceraian rumah tangga orang lain.
Artikel berkaitan: Nora Ariffin Kembali Bekerja, Letak Kapsyen ‘Hidup Perlu Diteruskan’
Artikel berkaitan: ‘Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab’ – Nora Ariffin
Tegur jangan terlalu seronok
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora berkata, tiada siapa yang mengetahui perkara sebenar yang berlaku melainkan pasangan itu sendiri.
Malah, dia memberitahu nasib seseorang juga masih tidak dapat dipastikan kerana segala sesuatu adalah ketentuan Allah SWT.
Jangan kita terlalu seronok bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar.
Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari.
Sekadar info, Nora telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dengan talak satu pada 12 Ogos lalu menerusi sebuah rakaman video.
Terdahulu, beberapa selebriti antaranya Nora Danish, Harith Iskander, Adira Suhaimi, Bella Astillah telah membuat keputusan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing.
Baru-baru ini juga hangat diperkatakan berita tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.