Penyanyi Nora Ariffin memuat naik foto sudah kembali bekerja selepas mendiamkan diri seketika ketika isu perceraiannya menjadi tumpuan umum.
Life must go on
Di Instagram Story, Nora memuat naik satu foto sambil meletakkan kapsyen ‘back to work’ dan ‘life must go on’. Menerusi kapsyen tersebut, Nora dilihat sangat kuat dan tabah menjalani kehidupan hariannya.
Sebelum ini, bekas suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memberitahu dia enggan memberi sebarang komen berhubung kes perceraiannya dengan penyanyi itu.
Disoal sama ada benarkah dakwaan dia dipaksa melafazkan talak terhadap Nora, Rushdi memilih tidak menjawabnya.
Sekadar info, penyanyi berusia 51 tahun itu telah diceraikan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.