Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Ariffin Titip Pesanan Buat Netizen Seronok Lihat Pasangan Bercerai-“Kita Tak Tahu…”

    Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Netizen Seronok Lihat Pasangan Bercerai-“Kita Tak Tahu…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil bersuara terhadap sikap sesetengah netizen yang ‘bertepuk tangan’ melihat pasangan yang bercerai di media sosial.

    “Jangan Kita Terlalu Seronok, Bertepuk Tangan…”

    Nora, menerusi hantaran di Insta Stories pada hari ini, berpendapat tidak seharusnya mereka bersikap terlalu seronok apabila melihat pasangan lain bercerai berai kerana orang luar tidak mengetahui hal yang sebenar.

    “Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar.”-tulis Nora Ariffin di Insta Stories

    Titip Nora, setiap manusia juga tidak mengetahui perancangan Allah SWT serta nasib mereka kelak.

    “Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari.”-ujarnya

    Nama penyanyi ini menjadi bualan ramai selepas suaminya, Dr Rushdi Ramli telah menceraikannya talak satu menerusi video yang dimuatnaik di Instagram.

    Nora turut mempertahankan suaminya dengan menegaskan bahawa penceraian yang berlaku itu adalah disebabkan hanya mengikut arahan yang diberi, iaitu melepaskannya tanpa sebarang sebab.

    Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.

    Walaubagaimanapun, Johan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Mac 2017 disebabkan serangan jantung.

    Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang juga sahabat Allahyarham Johan sejak kecil.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts