Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Danish & Fasha Sandha Berbuka Di Rumah Bekas Mentua, Netizen Puji!

    Nora Danish & Fasha Sandha Berbuka Di Rumah Bekas Mentua, Netizen Puji!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mencuri perhatian netizen apabila dilihat menghadiri majlis berbuka puasa bersama bersama bekas keluarga mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

    Fasha Sandha & Nora Danish Berbuka Bersama Keluarga Mentua

    Fasha menerusi hantaran di Instagram, turut memaparkan pelakon, Nora Danish yang turut hadir bersama menggayakan busana sedondon serta turut bergambar bersama keluarga besar bekas suami mereka, Rizal Ashram atau lebih mesra disapa sebagai Jejai.

    “Berbuka puasa with Atok Tah and big family. Thank you for having us. Syukur Alhamdulillah ❤️.”-kapsyen Fasha Sandha di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    “Betul Lah Sebelum Ini Apa Yang Terjadi Pasti Ada Hikmah…”

    Perkongsian Fasha dihujani dengan komen netizen yang memuji hubungan silaturahim mereka yang tetap terjalin, malah ada yang turut menitipkan doa buat Jejai agar kembali bertemu jodoh.

    “Alhamdulilah ..betul lah sebelum ni apa yang terjadi pasti ada hikmah nya ..Allah maha baik …”

    “seronoknya tengok silaturahim macam ni 😍❤️.”

    “So sweet. Love ❤❤❤❤.”

    “Anak2 mereka satu ayah.. Happy famili.”

    “Semoga ex husband mereka bertemu jodoh dan bahagia dengan pasangan masing². Amin.”

    “Happy Family MasyaAllah Tabarakallah ❤️.”

    Sekadar info, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.

    Nora kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl.

    Selain Nora Danish, Jejai juga pernah berkahwin dengan pelakon, Fasha Sandha pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Namun, hubungan mereka berakhir pada 20 Januari 2016.

    ALSO READ:  Gelagat Che Puan Sarimah Ibrahim Bersama Anak Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Netizen!

    Fasha Sandha berkahwin buat kali kedua dengan aktor, Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang vahaya mata, Aisha.



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts