Pelakon Nora Danish sekali lagi meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap kontraktor yang sambil lewa menyiapkan kerja mengubah suai rumahnya.
Asal boleh buat kerja
Menerusi beberapa posting di Instagram Story, Nora berkata, dia tidak berpuas hati melihat proses ubah suai kediamannya itu. Menurut Nora, segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.
Tersangat pandai pereka dalaman atau kontraktor ini. Penyaman udara buat macam ini, sekejap saja akan bocor paip macam itu. Ini namanya asal boleh.
Ujar Nora lagi, dia terpaksa menanggung kerugian dan perlu mengupah orang lain untuk membaik pulih keadaan rumahnya itu.
Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memaklumkan bahawa pengubah suaian rumahnya masih belum disiapkan walaupun bayaran sudah dibuat hampir 90%.
Jelas pelakon berusia 42 tahun itu lagi, sepanjang tempoh pengubah suaian itu, dia dan keluarga telah tinggal di hotel lebih daripada 4 bulan dan seterusnya menetap di rumah ibunya selama 3 bulan.