Pelakon Nora Danish meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan berita tidak sahih mengenai dirinya.
Berhenti sebar fitnah
Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama lengkap Nora Danish Hanif, 42, turut berharap diberikan ruang berhubung beberapa perkara yang melanda dia dan keluarga, baru-baru ini.
Sejak kebelakangan ini pelbagai berita yang tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.
Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas.
Menerusi hantaran sama, Nora mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus menitipkan doa dan kata-kata semangat untuknya.
Terima kasih kerana keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik.
Pada segelintir itu, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okay?
Terdahulu, Nora akui terkejut membaca sebuah artikel yang mendakwa dia sedang menjadi peneman hidup baharu selepas tidak sampai sebulan bercerai dengan bekas suami, Nedim Nazri pada 16 Jun lalu.
Imbas kembali, Nora dan Nedim mendrikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Neyqal yang kini berusia enam tahun.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ahsram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada Jun 2006, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, 15.