Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Danish Kongsi ‘Quote’ Di IG Selepas Suami Nafi Rumah Tangga Sedang...

    Nora Danish Kongsi ‘Quote’ Di IG Selepas Suami Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak – ‘Diamkan, Tidak Perlu Dibalas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nora DanishNora Danish

    Sebelum ini, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri menegaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik sekali gus menyangkal dakwaan berlaku pergolakan seperti didakwa isterinya.

    ‘Diam’

    Nora DanishNora Danish

    Terbaharu, Nora dilihat memuat naik petikan atau ‘quotes’ di Instagram Story miliknya mengenai tindakan mendiamkan diri lebih baik daripada terus memperdebatkan sesuatu perkara yang dibenci.

    Diam tidak perlu dibalas. Siapa yang mendengar sebuah ucapan yang dia benci lalu diam tidak membalas, maka terputuslah darinya apa yang dia benci tersebut.

    Namun jika dia membalasnya maka dia akan mendengar lebih banyak lagi hal-hal yang dia benci.

    Petikan tersebut difahamkan dipetik daripada seorang tokoh agamawan, Syabib bin Syaibah rahimahullah.

    Sementara itu, Nora turut meninggalkan nota kaki ‘semoga bermanfaat’ pada perkongsian tersebut.

    Terdahulu, Nora mendedahkan rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun sedang bergolak dan mendakwa dia dengan suami sudah tidak tinggal sebumbung.

    Sehari selepas pendedahan itu dibuat, Nedim menerusi sesi siaran langsung di Instagram berkata mereka hanya ‘gaduh-gaduh manja’.

    Nedim juga mengulas mengenai dakwaan tinggal berasingan dengan mengakui perkara tersebut, tetapi itu disebabkan kediaman mereka kini sedang dalam proses pengubahsuaian.

    Difahamkan, pasangan itu sedang berusaha memulihkan keadaan demi anak-anak sambil memaklumkan perceraian adalah jalan terakhir.

    Imbas kembali, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

    Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Ketiadaan Jawapan Tentang Persatuan - Kata Shiha Zikir
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts