Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Danish & Nedim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan 7 Tahun Sudah...

    Nora Danish & Nedim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan 7 Tahun Sudah Berakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nora cerainora cerai

    Foto: BH Online

    Pelakon jelita, dilaporkan sudah bercerai secara baik dengan dengan suaminya, Nedim Nazri selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama.

    Pisah cara baik

    nora cerainora cerai

    Foto: BH Online

    Memetik laporan Berita Harian, Nedim melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta kira-kira jam 8.34 malam tadi.

    Sementara itu, Nora yang diwakili peguam syarie, Ahmad Badri Idris berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

    Saya dan juga bekas suami saya, sudahpun mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang sudah kami dirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini.

    Yang paling penting apa yang boleh saya katakan tujuan kami pada hari ini adalah untuk membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang dan positif.

    Jadi saya harapkan sangat pada anda semua mendoakan yang terbaik buat kami dan juga keluarga kami.

    Yang paling penting saya harap tiada teori-teori di luar sana mengenai perpisahan kami kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua belah keluarga dan anak-anak kami.

    Walau bagaimanapun, Nedim yang hadir tanpa peguam memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai penceraiannya itu.

    Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama Nedim sejak 2017, bergolak pada 29 April lalu.

    Namun, pelakon ‘Polis Evo 3’ itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

    ALSO READ:  Lara Kasih Bawa Penonton Selami Kisah Percintaan Dihalang Ibu Sendiri, Terlalu Taksub Pada Tilik Nasib

    Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum disahkan bercerai pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts