Perkongsian terkini pelakon jelita, Nora Danish mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa foto di laman media sosial miliknya, baru-baru ini.
Nora, menerusi hantaran di Instagram berkongsi momen meraikan hari lahir anak tirinya, Qaldre atau lebih dikenali sebagai Dre yang ke-13 bersama anak-anak serta bekas suaminya, Nedim Nazri di sebuah restoran, malam tadi.
“Happy 13th birthday, my dearest Dre! Welcome to your teenage years—so proud of the amazing person you’re becoming 🥰 Bonda love you always! 🤍.”-kapsyen Nora di Instagram
View this post on Instagram
“Ini Antara Vibe Perpisahan Yang Kita Mahukan..”
Perkongsian Nora dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya memuji sikap pelakon ini yang bersikap profesional biarpun sudah berpisah dengan bekas suaminya. Malah ada yang sempat menitipkan doa agar mereka berdua kembali bersatu.
“Tolong bersatu kembali please.”
“Ini antara vibe perpisahan yang kita mahukan. Bukan yang jenis aku kata kau, kau kata aku. Tahniah. Semoga ada jodoh korang kembali. Mudah-mudahan.”
“Ramai-ramai yang bercerai, Nora Danish lah hati paling mulia dan profesional.”
“Nora ni dengan ex dua-dua pun baik. Hebat sungguh hati dia.”
“MASYALLAH TABARAKALLAH 😍 Effective co-parent , put aside your egos just for a happy family. May you and your family be blessed with happiness always and forever 💓.”
“Nora sangat profesional. Walaupun dia berpisah, anak-anak tetap merasa masih ada ibu dan ayah yang sama. Kasih sayang yang sama. Biar dia nak tentukan hidup dia macam mana, lagipun dia dalam penghijrahan kan.”
Apa komen anda?