Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Danish Rasa Tertekan Jawab Soal Pergolakan Rumah Tangga – ‘Semuanya Masih...

    Nora Danish Rasa Tertekan Jawab Soal Pergolakan Rumah Tangga – ‘Semuanya Masih Dalam Proses’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Nora Danish memberitahu kes rumah tangganya dengan suami Nedim Nazri yang dilaporkan bergolak masih belum selesai.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak, Tidak Lagi Tinggal Sebumbung – ‘Perceraian Adalah Jalan Terakhir’

    Artikel berkaitan: Nedim Hanya ‘Gaduh-Gaduh Manja’ Dengan Nora – ‘Janganlah Cakap Pasal Berpisah, Saya Sayang Isteri Saya’

    Masih belum selesai

    Memetik laporan Harian Metro, Nora berkata, dia bakal berkongsi perkembangan lanjut apabila sudah tiba masa yang sesuai.

    Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi ‘slowly but surely’. Baru-baru ini saya sudah memberikan kenyataan saya dan tunggu saja kata putus yang akan dibuat.

    Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa yang sesuai dan mendapat keputusan yang muktamad.

    Terus terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

    Tunggu sampai tiba waktu itu, sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian) semuanya masih dalam proses.

    Dalam pada itu, Nora sekali lagi menegaskan pergolakan rumah tangga yang berlaku tiada campur tangan orang ketiga sebaliknya berpunca kerana tiada persefahaman.

    Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. Jadi tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

    Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku orang kata dalam jalan cerita yang luar biasa.

    Terdahulu Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 sedang bergolak dan tidak lagi tinggal sebumbung.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

    ALSO READ:  Ketiak, Leher Hitam Berkerak? Cuba Pakai Ini, Lepas Seminggu Tengok Perubahan…

    Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts