Pelakon jelita, Nora Danish menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dirinya suka untuk dimewah dan dimanjakan suami.
‘Kerja keras untuk keluarga’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif ini memuat naik semula (repost) video podcast melibatkan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah yang membincangkan soal dirinya tetap bekerja meskipun berstatus Che Puan.
Menurut pelakon yang terkenal dengan drama bersiri ‘Puteri’, dia sangat bersetuju dengan kenyataan Sarima kerana dia juga merupakan seorang wanita yang sangat mementingkan kerjaya.
Setuju 100 peratus. Saya bekerja tanpa henti siang dan malam hanya untuk menyara keluarga dan anak-anak.
Tambah Nora, dia juga merupakan seorang yang tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain termasuklah suaminya sendiri.
Dari awal lagi memang saya tak pandai meminta-minta walaupun dari suami saya sendiri.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana memberi kudrat dan rezeki ini. Bukan niat nak membangga diri, cuma sekadar nak menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyangka saya ‘dimanjakan’.