Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNora Danish Syukur Berhenti Buat Babak Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki – ‘Rasa...

    Nora Danish Syukur Berhenti Buat Babak Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki – ‘Rasa Harga Diri Sangat Mahal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nora DanishNora Danish

    Sejak berhijab, pelakon Nora Danish akui seronok apabila tidak perlu lagi melakukan babak bersentuhan dengan aktor lelaki.

    ‘Rasa diri mahal’

    Nora DanishNora Danish

    Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia bersyukur naskhah yang ditawarkan juga bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

    Saya bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik, dari segi tawaran kerja pun memang sesuai dengan imej saya yang sudah berhijab.

    Watak yang saya terima tiada bersentuhan, rasanya sangat seronok apabila buat babak yang tiada bersentuhan.

    Kalau yang tahu sebelum ini, lakonan saya jika tiada sentuhan itu memang bukan ‘Nora Danish’ lah kan.

    Tetapi sekarang, tak perlu sentuh, perasaan lain sangat. Rasa harga diri sangat mahal, dengan keluar sekarang sudah bertudung.

    Nora berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan pelancaran produk Berryfull Honey Lemon yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Abadikan kisah hijrah

    Nora DanishNora Danish

    Dalam pada itu, Nora mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakannya.

    Katanya, dia ingin mengabadikan perjalanan penghijarahan dalam kamus hidupnya.

    Saya berterima kasih kepada netizen dan peminat yang sentiasa mendoakan dari dahulu sehingga saya berubah (berhijab) sekarang.

    Saya bukan tiba-tiba bertudung, sebelum itu saya melalui fasa-fasa yang terusik dalam hati, dengan usia yang semakin meningkat dan menyertai kelas-kelas agama.

    Kemudian ditimpa ujian bekas suami saya sakit, saya rasa sudah tiba masanya dan terbuka hati untuk berhijab.

    Saya mahu simpan segala kenangan sepanjang proses hijrah dalam hidup, tidak akan dilupakan. Amat berharga untuk diri sendiri.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  6 Trik Untuk Kamu Si Petite Yang Mahu Nampak Tinggi Secara Semula Jadi
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts