Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoralbaniah Enggan Ungkit Kisah Masa Lalu Anak

    Noralbaniah Enggan Ungkit Kisah Masa Lalu Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Noralbaniah memberitahu dia enggan mengungkit kisah yang menimpa anaknya iaitu Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan sudah dibebaskan sejak bulan Mei tahun lalu.

    Bulan lima tahun lalu dia sudah keluar

    Menurut Noralbaniah, dia mahu meneruskan kehidupan dengan perkara positif dan sama juga dengan anaknya yang kini sedang baik-baik saja.

    Bulan lima tahun lalu dia sudah keluar, perkara itu sudah lama berlaku jadi tiada apa yang terbaharu untuk dikongsikan. Sudah-sudahlah. Alhamdulillah kehidupan juga berjalan seperti biasa dan dia (Syarra) pun okay. Dia pun hidup sendiri sekarang tapi kami ada berjumpa.

    Tambah Noralbaniah, apa yang berlaku itu merupakan pengajaran buat anaknya.

    Bagi dia belajarlah dari kesilapan yang dia buat. Masa kecil dulu kita bela tapi sudah besar, sama seperti saya, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada esok walaupun esok pilihan di tangan kita tapi kadang-kadang kita tersasar.

    Bila kita kejar bas pun kadang-kadang boleh tertinggal. Jadi saya tak mahu cakap apa-apa sebab nanti terkena balik. Saya terima, lagipun ini tahun lepas punya cerita. Saya reda.

    Itu sajalah saya boleh kongsi, ia pun sudah berakhir, Alhamdulillah syukur.

    Noralbaniah ditemui di majlis tayangan perdana filem arahan Datuk Awie iaitu Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

    Terdahulu, media melaporkan Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

    Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

    ALSO READ:  Bawa Watak Isteri Dicurangi, Mira Filzah Taruh Kepercayaan Pada Suami – ‘Ada Rasa Takut, Tapi Berlakon & Realiti Berbeza’

    Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.

    Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts