‘FestStar FoodFest’ anjuran FestStar Influencer Entertaiment yang bertemakan ‘Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup’ menampilkan persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktivit interaktif bersama pempengaruh popular selain daripada gerai makanan daripada peniaga tempatan.
Pengunjung pasti terhibur!
Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live dan Kristal adalah antara barisan penyanyi yang bakal mengegarkan FestStar FoodFest Disember ini.
Tidak ketinggalan, kehadiran pempengaruh media sosial seperti Emy Cha Cha, Puterabell, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit pastinya akan meriuhkan lagi suasana.
Selepas melakukan beberapa inovasi, festival kali ini akan memberikan pengunjung suatu pengalaman yang berbeza.
Menurut Pengarah Urusan FestStar Influencer Entertainment, Herrie Shaputra Azizan atau mesra disapa Puterabell, pihaknya sentiasa memastikan acara yang dianjurkan membawa konsep segar dan kreatif.
Acara kali ini mempunyai objektif seperti mempromosikan keunikan makanan tempatan di samping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jayanya.
Ujarnya, festival ini bermatlamat memberi impak yang positif kepada umum dalam suasana acara yang santai dan menghiburkan.
Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep trend terkini supaya pengunjung yang hadir seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.
Acara yang dianjurkan ini juga mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah acara menyeronokkan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti, industri dan budaya.
Dengan pengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai jenis acara sebelum ini, saya yakin festival kali ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung. Mereka bukan sahaja boleh makan tapi terdapat pelbagai aktiviti serta konsert yang akan dijalankan.
Aktiviti-aktiviti seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun run akan menjadi salah satu tumpuan ketika acara berlangsung.
Apa yang lebih menarik, terdapat juga program ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja.
FestStar FoodFest bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Disember ini, bermula jam 11 pagi sehingga 12 malam yang bertempat ni TF Mart, Taiping, Perak.
Para peniaga yang berminat untuk sertai acara ini boleh hubungi 013 – 4194285 atau hantarkan emel pada [email protected].
Pihak FestStar Influencer Entertainment menggalakkan kehadiran peniaga-peniaga di luar sana untuk bersama-sama memeriahkan suasana dan menjana rezeki sempena hujung tahun ini.