Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNoraniza Idris Menangis Baca Komen Netizen Kata Konsert Qalam Tak Gempak –...

    Noraniza Idris Menangis Baca Komen Netizen Kata Konsert Qalam Tak Gempak – ‘Selama 39 Tahun Berkarya, Itu Pertama Kali Saya Buat Konsert’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas menganjurkan konsert sulung pada Oktober lalu, penyanyi Noraniza Idris mengakui terasa hati sehingga mengalirkan air mata membaca komen segelintir netizen mengatakan acara tersebut tidak ‘gempak’.

    Menangis baca komen

    Menganggap kecaman sebahagian asam garam bergelar selebriti, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani, 56, bagaimanapun bersyukur konsert berkenaan berlangsung dengan jayanya.

    Saya baca segala komen netizen walaupun menguris hati saya. Kadang kala saya menangis dan sedih kerana rasa tidak dihargai oleh mereka.

    Mereka kata konsert saya tak gempak, tak macam artis lain punya konsert tapi saya sudah maklumkan sebelum ini yang ia merupakan gabungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Saya anggap konsert itu sebagai satu kejayaan kerana selama 39 tahun saya berkarya ini pertama kali saya adakan konsert.

    Ada juga tercatat dalam sejarah industri kalau esok saya belasungkawa ada juga satu konsert saya yang orang kata.

    Noraniza berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP yang bersiaran langsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Memandang perkara itu dari sudut positif, pelantun lagu Dikir Puteri ini berkata, tidak semua orang mampu melakukan sepertinya yang memikul tiga tanggungjawab besar iaitu pengarah projek, penyanyi utama dan usahawan produk makanan semasa konsert itu.

    Tapi apabila fikir semula saya ambil dari sudut positif dan berpendapat mereka hanya prihatin terhadap saya.

    Tak apalah mereka nak kecam asalkan mereka tahu apa yang saya lakukan. Kalau orang mula tak ambil kisah itu yang bahaya.

    Jadi perkara biasa ada orang suka atau tidak. Bukan semua orang boleh buat macam saya, kira lain juga.

    Imbas kembali, pada Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia itu telah mengadakan konsert yang diberi nama Qalam Noraniza Idris berlangsung di Melaka.

    ALSO READ:  Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang RM1 Juta, Peserta Sabah Dominasi CSOIAM

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts