Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNorish Karman ‘Block’ Nombor Suami Orang, Pilih Calon Lelaki Muda Berstatus Bujang

    Norish Karman ‘Block’ Nombor Suami Orang, Pilih Calon Lelaki Muda Berstatus Bujang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Meskipun sudah hampir 13 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Norish Karman tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

    Artikel berkaitan: Norish Karman Dedah Sudah 5 Tahun Tak Berlakon – ‘Saya Sering Diberikan Watak Hebat Tetapi Diminta Free Hair’

    Artikel berkaitan: “Bayi Ini Pernah Berjumpa Dengan Bapanya” – Norish Karman Jawab Isu Anak

    Pilih lelaki muda

    Memetik laporan Harian Metro, Norish berkata, dia bagaimanapun masih belum memiliki teman istimewa.

    Saya tidak pernah tutup pintu hati untuk berkahwin semula selepas bercerai, tapi mungkin belum ada jodoh lagi. Saya pun tak pernah kata menolak untuk berkahwin semula.

    Dalam pada itu, ibu tunggal kepada lapan orang anak ini mendedahkan dia akan menyekat nombor daripada lelaki berstatus suami orang yang cuba mendekatinya.

    Kata Norish, dia juga memilih untuk berkawan dengan lelaki berstatus bujang yang berusia bawah 40 tahun.

    Saya memang tidak pernah melayan suami orang kerana anak-anak juga tidak benarkan. Anak-anak juga mahu saya mencari calon suami yang lebih muda daripada saya.

    Disoal mengenai anak, Norish memberitahu dia kini bekerja keras dalam perniagaan katering serta program motivasi untuk menyara lapan anak termasuk empat anak angkat selepas bercerai.

    Mungkin ramai yang tidak tahu, saya juga ada mengambil empat anak angkat ‘homeless’ (terbiar) sejak Jun 2020.

    Saya memutuskan untuk menjaga mereka empat beradik selepas bapa mereka meninggal dunia dan ibu pula dimasukkan ke penjara.

    Saya juga tidak sorokkan identiti empat anak angkat yang dipelihara kerana tidak mahu besarkan mereka dalam penipuan dan memiliki sijil anak angkat yang sah mengikut undang-undang. Jika ada yang mahu infak untuk empat anak angkat saya ini boleh berhubung dengan saya.

    Untuk rekod, Norish Karman bercerai dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008 dan dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25, Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20, dan Haq Alexander, 13.

    ALSO READ:  Pelajar Umur 22 Tahun Ditemui Ma*i Tergantun*, Kakak Bau Busuk Disangka Bangkai Haiwan

    Manakala, empat anak angkat ialah Hasbi Fadullah, 13, Hasya Farahiya,11, Haziq Fadillah, 10, dan Hazra Farisya, 5.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts