Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNormal Atau Tidak Bila Ada Keputihan? Ini Jenis & Maksud Setiap Satunya…

    Normal Atau Tidak Bila Ada Keputihan? Ini Jenis & Maksud Setiap Satunya…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Buka seluar dalam atau pantyliner, kamu perasan ada keputihan melekat di atasnya. Normal ke keadaan ini? Sebenarnya normal kalau wanita alami  keputihan. Keputihan yang terdiri daripada cecair atau lendiran ini merupakan salah satu cara untuk badan kita ‘bersih’ dan ‘jaga’ faraj secara semula jadi. 

    Walaupun ianya normal, tapi ada keadaan di mana keputihan boleh jadi berbahaya. Kalau kamu nak tahu, cuba scroll dan perhatikan lima jenis warna keputihan di bawah untuk tahu apa maksud setiap satunya.

    @drraihanaismail

    5jenis cecair faraj dan jenis keputihan yang wajib anda kenali supaya lebih mudah rancang kehamilan . #efferty #fyp #foryourpage #pejuanggarisdua

    ♬ original sound – Dr Raihana Ismail – Dr Raihana Ismail

    #1 Kekuningan 

    • Bila ada warna kuning pada keputihan, ianya disebabkan oleh jangkitan, sama ada daripada pasangan atau diri sendiri.
    • Baunya pula busuk dan bertekstur tebal.
    • Untuk merawat, kamu boleh dapatkan antibiotik daripada doktor untuk elak daripada ganggu waktu kesuburan.
    Foto – @drraihanaismail (TikTok)

    #2 Kelabu atau warna keruh 

    • Keputihan berwarna kelabu atau nampak keruh biasanya berpunca daripada penyakit vaginosis bacteria.
    • Keadaan ini terjadi apabila kamu suka gunakan feminine wash atau ubat herba di faraj.
    • Cara merawatnya pula, kurangkan atau elak daripada guna feminine wash, aktiviti meruang atau bertangas.

    #3 Putih pekat 

    • Bertekstur seperti keju cottage, keputihan jenis ini tidak berbahaya dan ianya normal.
    • Tetapi kalau rasa gatal-gatal di farah, ia disebabkan oleh jangkitan kulat dan perlu jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
    Foto – @drraihanaismail (TikTok)

    #4 Merah 

    • Jika ada warna merah, maksudnya kamu baru sahaja lakukan hubungan seksual dengan pasangan.
    • Cecair berwarna merah boleh terjadi disebabkan oleh luka dalam faraj akibat trauma atau simptom ovulasi.
    ALSO READ:  Raikan Hari Ibu Yang Lebih Indah Bersama Marks & Spencer

    #5 Putih jernih 

    • Apabila keputihan menjadi putih jernih seperti lendir telur putih, ia adalah tanda subur.
    • Biasanya ia keluar ketika kamu terangsang atau alami waktu kesuburan.

    Semoga bermanfaat~

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts