Sebelum ini duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan ada menegaskan mereka hanyalah salah satu mangsa serangan Iran kerana menuduh mereka telah terlibat dalam beberapa siri keganasan terhadap negara lain juga.
Menyamakan Dengan Nazi
Menurut Sinar Harian, dalam ucapannya di mesyurat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Erdan berkata, Iran mendominasi dunia dengan mengeksport revolusi radikal Syiah ke seluruh dunia.
Baginya, mereka saling tidak tumpah seperti Reich Ketiga iaitu rejim Nazi di Jerman.
Israel juga mendakwa mereka hanyalah sekadar mangsa manakala Iran pada pandangan mereka adalah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan ‘keganasan’.
Menurut Sinar Harian, Erdan juga mahu pasukan Pengawal Revolusi Islam diwartakan sebagai ‘organisasi pengganas’.
Normala Samsudin Selar Kenyataan Israel
Atas kenyataan dan berita tersebut, ianya memberikan kesan kepada netizen dan juga rakan artis. Salah seorang yang turut terkesan adalah Normala Samsudin.
Dalam ruangan komen di Instagram, Normala menyelar dan mempertikaikan kembali kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Israel.
Tulisnya, kenyataan dan respon yang diberikan oleh pihak Israel seperti melebih-lebih jika hendak dibandingkan dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh pihak Israel kepada Palestin.
Dia pukul bantai orang tak apa, orang ketik dia sikit je. Glencong serupa berjuta hangus rentung.
Melihat diruangan komen, ramai yang mempunyai pendapat yang sama sepeti Normala. Rata-rata mempersoalkan kembali mengenai tindakan yang dilakukan oleh pihak Israel.