Perkongsian terkini aktor, Norman Hakim bersama anak perempuannya, Marissa Dania telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Promosikan Produk Makanan
Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Norman bersama Marissa sedang menjalani penggambaran bagi mempromosikan jenama sebuah produk makanan.
“Coming soon… ❤️.”-kapsyen Norman di Instagram
View this post on Instagram
“Sebak Pula Rasa Di Hati…”
Perkongsian Norman mencetuskan rasa sebak netizen yang melihat Norman dan Marissa mengalirkan air mata ketika berpelukan, malah ada yang berpendapat Marissa beruntung mempunyai bapa sebaik aktor filem Gerak Khas The Movie ini.
“Ayah sepatutnya menjadi wali buat anak-anak . Tapi sayangnya anda terlepas momen paling besar dalam hidup anda. Antara nilai seorang ayah ialah menjadi wali buat anak-anaknya. Tapi sayangnya.”
“Kasihnya ayah pada anak takkan hilang sampai bila-bila.”
“Cinta pertama anak perempuan, Ayah..”
“Sebak pula rasa di hati.”
“Terungkap kesedihan seorang ayah.”
“MasyaAllah beruntungnya Marissa punya ayah sebaik ini, tak semua orang seberuntung ini.”
Untuk info, sebelum ini pernah tular berita mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan berkahwin bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Abby turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa dia dia reda dengan pilihan anak perempuannya untuk bergelar isteri kedua kepada lelaki berkenaan. Namun menegaskan agar pasangan itu segera mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.
Apa komen anda?