Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNorman Hakim Menjawab Dakwaan Menjatuhkan Isu Marissa Dania dan Menyuarakan Permintaan Kepada...

    Norman Hakim Menjawab Dakwaan Menjatuhkan Isu Marissa Dania dan Menyuarakan Permintaan Kepada Abby Abadi untuk Berhenti Membongkar Peribadi Keluarga di Media Sosial

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Norman HakimNorman Hakim

    Pelakon Norman Hakim meminta bekas isteri, aktres Abby Abadi untuk berhenti berkongsi mengenai isu yang membabitkan anak mereka iaitu Marissa Dania dalam media sosial.

    ‘Tak pernah sesaat lepas tangan’

    Norman HakimNorman Hakim

    Kata Norman, tindakan terlalu berlebihan berkongsi di media sosial boleh menimbulkan salah faham.

    Malah, aktor itu turut menafikan dirinya bersikap lepas tangan berhubung isu Marissa seperti yang didakwa Abby.

    Istighfar, bawak bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan.

    Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya.

    Norman berkongsi mengenai perkara itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran terbaharu yang dimuat naik Abby di Instagram.

    Enggan berdiam diri, Abby kemudian membalas komen berkenaan dengan mengatakan dia kecewa terhadap tindakan Norman.

    Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpan.

    Kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza.

    Terdahulu, Abby Abadi akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan jejaka yang bernama Ahmad Aslam di Thailand menerusi temu bual bersama Gempak.

    Menerusi temu bual itu juga, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts