Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNorman Hakim Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Marissa, Anggap Aslam & Misya...

    Norman Hakim Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Marissa, Anggap Aslam & Misya Mazlan Seperti Keluarga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Norman Hakim menitipkan ucapan ulang tahun ke-19 buat anak perempuannya, Marissa Dania.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jaga Diri Baik-Baik, Sedih Tengok Kurus Sangat Anak Mama’ – Abby Abadi

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Misya Mazlan Dedah Hanya ‘Contact’ Aslam Bila Perlu – ‘Lelaki Ini Cepat Rimas’

    Bersalin dalam kereta

    Menerusi hantaran di Instagram, Norman mengenang kembali momen Marissa dilahirkan di dalam kereta sebelum tiba di klinik.

    19 tahun lepas, Papa takkan lupa momen Papa sambut kelahiran Adik (Marissa) dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

    Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar dari mulut Mama bila Adik dah keluar sepenuhnya. Adik nangis sekejap je lepas itu diam. Mata terkebil-kebil pandang Papa pandang Mama. Mama cakap ‘hidung Norman Hakim laaa…’. Nampak je muka Adik, terus lenyap panik Papa. Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan adik.

    Dalam pada itu, Norman menyatakan rasa sayangnya terhadap anak keduanya itu masih sama sejak dari lahir sehingga sekarang.

    Malah, dia turut menganggap suami dan madu kepada Marissa iaitu Aslam dan Umisya Mazlan sebagai keluarga serta mendoakan semoga ujian rumah tangga dipermudahkan.

    Sanah Helwah, Selamat Ulangtahun kelahiran my baby girl, Marissa Dania. Sayang Papa pada Adik dari sambut sendiri kelahiran Adik sampai ke saat ini tak pernah berubah. Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik dekat kehidupan akhirat yang hakiki Insya-Allah.

    Papa saya Adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak Papa juga. Ujian hidup kita berbeza. Doa Papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti. Percaya dan yakin waktu itu akan tiba.

    ALSO READ:  [VIDEO] Momen Tiara Bantu Achey Kemas Rumah Waktu Isteri Kurang Sihat Buat Netizen Terhibur – ‘Dia Boleh Guna Kaki Ja’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts