Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah, malam tadi.
Norreen Iman & Tya Adnan Tunai Umrah
Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik di Instagram, isteri kepada pelakon, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan turut bersama Noreen mengenakan jubah putih ketika berada di dalam pesawat.
“Bismillahirahmanirahim. Kepada yang mengenali saya, maafkan saya. Doakan baik-baik ye.
Andai ada secebis hama amarah dalam hati pasal aku, aku nak minta maaf. Dan aku maafkan semua orang juga.”-kapsyen Norreen Iman di Instagram
View this post on Instagram
IKLAN
Netizen & Rakan Selebriti Titip Doa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa agar Noreen dan Tya memperoleh umrah yang mabrur, malah ramai yang memuji wajah pelakon ini kelihatan semakin berseri.
“Aku Cuba Untuk Tak Menangis Tetapi…”
Dalam pada itu, pelakon ini meluahkan rasa sebak apabila dapat menjadi salah seorang tetamu Allah untuk ke Tanah Suci Mekah.
“Aku cuba untuk tidak menangis tetapi aku tak boleh. Terima kasih ya Allah. Kau jemput aku datang lepas apa yang aku dah hadap. Lepas apa yang aku dah buat. Allahuakbar.”-tulis Norreen
Sama-sama kita doakan agar Norreen dan Tya memperoleh Umrah yang mabrur..