Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNorreen Iman Syukur Kes Buli Anak Di Sekolah Selesai – ‘Biasalah Proses...

    Norreen Iman Syukur Kes Buli Anak Di Sekolah Selesai – ‘Biasalah Proses Perkembangan Kanak-Kanak, Semoga Tidak Berulang Lagi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Norreen ImanNorreen Iman

    Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman memberitahu kes buli membabitkan anak sulungnya, Ellen di sekolah sudah selesai.

    Kes buli selesai

    Norreen ImanNorreen Iman

    Berharap insiden sedemikan tidak berulang lagi, Norreen memberitahu dia telah berjumpa dengan guru besar, cikgu dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang membulinya anaknya.

    Semuanya dah selesai, saya dah jumpa cikgu, guru besar, ibu bapa kepada anak-anak itu. Anak kami pun dah curhat (meluah) beritahu apa yang terjadi.

    Semoga perkara ini (buli) tidak terjadi lagi. Biasa la, proses perkembangan untuk kanak-kanak kan. Sekolah okay, memang anak dan anak buah pun sekolah situ.

    Cuma harap benda ini tak jadi lagi. Mereka pun dah minta maaf dan berpelukan serta meluahkan.

    Norreen memaklumkan mengenai perkara itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

    Nasihat anak

    Norreen ImanNorreen Iman

    Dalam pada itu, Norreen turut memberitahu dia juga ada menegur dan memberi nasihat kepada anak perempuannya.

    Saya pun ada tegur Ellen, nasihat kita sebagai ibu bapa sama. Macam jangan sentuh, jangan ambil barang, terfikir nak pinjam kawan punya barang pun jangan. Benda-benda macam itu, apa yang terjadi, kita tegur anak kita juga.

    Sebelum ini, Norreen berkata, dia sudah mula hilang sabar apabila anak perempuannya, Ellen berterusan menjadi mangsa buli di sekolah.

    Norreen turut berkongsi video memperlihatkan anak perempuannya akhirnya tidak dapat menahan air mata ketika bercerita mengenai insiden yang berlaku.

    Terdahulu, Norreen juga pernah mendedahkan anak perempuannya itu menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

    Pada Mei lalu, Norreen menerusi Instagram miliknya berkata dia sudah mengikut prosedur sekolah dengan membiarkan guru displin menyelesaikan masalah buli yang terjadi.

    ALSO READ:  Hati Sudah Tidak Bimbang, Suami Nora Danish Upah ‘Boddyguard’ Bantu Isteri Mudahkan Aktiviti Harian

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts