Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNur Farah Kartini Dibunuh Sebab Ugut Mahu Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri...

    Nur Farah Kartini Dibunuh Sebab Ugut Mahu Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nur Farah KartiniNur Farah Kartini

    Kes pembunuhan membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini terus menjadi topik bualan hangat dan mendapat sorotan ramai.

    Hubungan sulit?

    Nur Farah KartiniNur Farah Kartini

    Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dipercayai dibunuh kerana suspek berang apabila mangsa mahu mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isterinya.

    Sumber memberitahu, konflik percintaan antara mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

    Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

    Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.

    Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

    Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.

    10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

    Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Kongsi Gambar Mesra Bersama Eman Manan, Netizen Puji Lakonan Mantap Gandingan Bersama Nabila Huda
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts