Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNurul Shuhada Belum Terbuka Hati Untuk Kahwin, Mahu Jodoh Yang Patuh Agama...

    Nurul Shuhada Belum Terbuka Hati Untuk Kahwin, Mahu Jodoh Yang Patuh Agama Allah – ‘Bukan Munafik, Kaki Pukul & Penipu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nurul ShuhadaNurul Shuhada

    Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menyatakan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki.

    ‘Bukan kaki pukul’

    Nurul ShuhadaNurul Shuhada

    Menurut Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, keutamaannya ketika ini adalah pada dua orang cahaya matanya.

    Bagaimanapun dia tidak menolak takdir Allah sekiranya dipertemukan jodoh dalam masa terdekat.

    Untuk berkahwin sekarang ini bukan saya punya keutamaan. Sebab keutamaan saya adalah pada anak-anak. Buat masa sekarang belum bersedia lagi.

    Tetapi kalau Allah tetapkan jodoh saya datang, saya hanya berdoa itu merupakan jodoh terbaik dari-Nya. Berharap jodoh itu jodoh yang Allah reda. Boleh pimpin saya ke syurga.

    Sementara itu, disoal mengenai ciri bakal suami, Shuhada berkata dia mengharapkan seorang lelaki yang cinta pada agama dan patuh perintah Allah.

    Malah, dia juga berharap dijauhkan dengan lelaki yang ‘kaki pukul’ dan penipu.

    Saya mahu perbaiki diri sendiri. Mengharapkan seorang jodoh yang takut dengan Allah, sayang pada anak-anak saya. Kalau dia takut dengan Allah dia tidak akan buat perkara-perkara yang tidak baik.

    Yang pasti dia tahu fasal agama dan praktik ajaran Islam. Saya tidak mahu jodoh yang munafik. Yang pasti juga dia bukan kaki pukul, kaki tipu dan kaki perempuan. Tidak mahu lelaki yang begitu.

    Sekadar info, Shuhada pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Hafidz Roshdi pada 30 April 2016. Namun disahkan bercerai talak satu pada Julai 2023.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    Hafidz kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fattah Amin Kongsi Momen Rai Hari Lahir Fatima, Netizen Sebak!-“Semoga Allah Pelihara Perkahwinan…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts