Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentOATSIDE Pocket Pack Kini Di Malaysia, Perkenal Varian Terbaru!

    OATSIDE Pocket Pack Kini Di Malaysia, Perkenal Varian Terbaru!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sediakan deria rasa anda dengan penawaran terbaru OATSIDE— siri Pocket Pack! Kini boleh didapati dalam saiz 200ml yang mudah dibawa kemana sahaja, nikmati kelazatan Barista Blend & Chocolate yang digemari orang ramai dan manjakan diri dengan varian terbaru, Coffee, minuman Oat Latte yang dulunya biasa ditemui di kafe-kafe. OATSIDE Pocket Pack dapat ditemui di kedai-kedai runcit utama dan pasar raya di seluruh Malaysia.

    Sempena pelancarannya, OATSIDE mengadakan Festival Pocket OATSIDE yang berlangsung selama tiga hari pada 8 hingga 10 Mac 2024 lalu di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

    “Ketika rangkaian 1L OATSIDE dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, kami menerima sambutan yang hangat dari rakan-rakan kafe dan pengguna di seluruh negara kerana susu oat kami mempunyai kandungan gula yang rendah tetapi tetap lazat.

    Ini sejajar dengan misi kami untuk mencipta susu
    berasaskan tumbuhan yang dapat disukai orang ramai. Kami amat bersemangat untuk berkongsi rangkaian terbaru OATSIDE Pocket Pack yang mudah dibawa ke mana-mana dan juga memperkenalkan varian baru kami – Oat Latte,” kata Benedict Lim, CEO OATSIDE.

    Dalam pada itu, Pengurus Negara OATSIDE Malaysia, Jessie Chuah menyatakan bahawa pihak mereka bersemangat untuk memberi peluang kepada orang ramai mencuba varian baru, iaitu Coffee dengan harga yang berpatutan.

    “OATSIDE Pocket Pack amat konvenien untuk dinikmati pada waktu pagi atau sebagai snek sepanjang hari.

    Kami amat bersemangat untuk orang ramai mencuba varian baru kami, Coffee — minuman oat latte yang menggabungkan Barista Blend OATSIDE dengan kopi yang boleh didapati pada harga yang berpatutan.”-Kata Jessie Chuah, Pengurus Negara OATSIDE Malaysia

    Mulai bulan ini, OATSIDE Pocket Pack akan dijual di kedai-kedai runcit seperti 7-Eleven, MyNews, CU, dan lain-lain, serta pasar raya termasuk Village Grocer, QRA Foods, Food Merchant, Ben’s Independent Grocer.


    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts