Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#OBCallingFoodies: Sakana Japanese Dining Tawar Pengalaman Kulinari Autentik Jepun, Hanya Guna Ramuan...

    #OBCallingFoodies: Sakana Japanese Dining Tawar Pengalaman Kulinari Autentik Jepun, Hanya Guna Ramuan Segar, Cuka & Mirin Halal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selain terkenal sebagai pusat membeli belah, Suria KLCC turut dikenali sebagai hub kulinari ‘muslim friendly’ buat para pengunjung yang berada di tengah kota raya, Kuala Lumpur.

    Pelbagai restoran menarik dan sedap yang anda boleh singgah sekiranya berada di KLCC! #OBCallingFoodies kali ini, mahu berkongsi pengalaman menikmati hidangan autentik Jepun di Sakana Japanese Dining!

    Hidangan Autentik Jepun 

    Sakana Japanese Dining yang beroperasi sejak 2020 ini menawarkan menu mesra Muslim yang direka dengan teliti untuk mematuhi piawaian halal tanpa menjejaskan keaslian perisa tradisional Jepun.

    Restoran ini dipimpin oleh Chef Makoto Saito Sam, seorang chef sushi dengan lebih 20 tahun pengalaman di Jepun, Australia, Itali dan Malaysia. Chef Sam komited terhadap kualiti dan keaslian, dengan memastikan pilihan bahan-bahan masakan daripada pembekal yang disahkan halal.

    Chef Sam juga pemilik restoran Sushi Hibiki di Four Seasons Place, KL

    Menurut Chef Sam, Sakana ialah restoran pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan cuka dan mirin diperakui halal daripada Yokoi Vinegar Brewing dari Tokyo. Jenama terkenal ini digemari oleh chef sushi selama lebih 80 tahun.

    Tambah Chef Sam lagi, cuka dari Yokoi Vinegar Brewing ini empat kali ganda lebih mahal daripada cuka biasa, tetapi keunikkan rasanya yang diakui membuatkan ia menjadi pilihan di Sakana. 

    Chicken Katsu Donburi & Ebi Tendon merupakan menu set kegemaran pilihan pelanggan!

    Bercerita lebih lanjut, Chef Sam berkata, pilihan menu di Sakana Japanese Cuisine adalah terhad kerana mereka menitikberatkan kualiti bahan-bahan yang digunakan. 

    Hanya ramuan yang segar digunakan dalam masakan, dan semuanya dibuat dari dapur chef.  Tiada bahan segera digunakan dalam masakan. 

    Hanya bahan segar digunakan untuk membuat Salmon Tartar & Soba Salad ini

    ALSO READ:  “Dugaan Untuk Keluarga Kami…”-Eyra Hazali

    Sekadar info, Sakana Japanese Dining ini terletak di G11, Ground Floor, Suria KLCC, Jalan Ampang, 50088, Kuala Lumpur. Mereka beroperasi setiap hari, dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts